ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 3. Kecualian prerogatif.

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak prerogatif dan kuasa-kuasa Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah sebagai Ketua Agama Negeri ini sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Perkara 6 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis dan Perlembagaan Persekutuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.