ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Jenayah



Seksyen 69. Penyerahan saman.

(1) Saman hendaklah diserah sendiri ke atas orang yang disaman dengan menunjukkan kepadanya salinan asal dan menyerahkan atau menyampaikan kepadanya satu salinannya yang mengandungi meterai atau cap Mahkamah.

(2) Mana-mana orang yang saman telah diserahkan kepadanya, jika dikehendaki oleh penyerah saman itu hendaklah menandatangani pengakuan terima saman itu di belakang salinan asalnya.

(3) Jika orang yang disaman itu tidak dapat ditemui setelah segala ikhtiar dijalankan, atau, walaupun ditemui, mengelak penyerah saman, saman bolehlah diserahkan dengan meninggalkan satu salinannya dengan mana-mana keluarganya yang dewasa atau orang gajinya yang tinggal dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.