ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999
BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 2. Tafsiran.
(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
---
"benefisiari" ertinya orang atau kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan yang menerima faedah daripada sesuatu wasiat dan, berhubungan dengan hasil daripada sesuatu wasiat, termasuklah suatu tujuan agama atau kebajikan yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak;
"dilahirkan hidup" ertinya seseorang yang dilahirkan hidup menurut Hukum Syarak;
"Enakmen Pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 [
En.2/89
];
"Hakim" ertinya seorang Hakim Syarie yang dilantik mengikut Enakmen Pentadbiran;
"Hukum Syarak" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;
"harta" termasuklah harta alih dan tak alih, apa-apa manfaat dalam apa-apa harta alih atau tak alih, apa-apa hak, kepentingan, hak milik, tuntutan, hak dalam tindakan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan atau yang selainnya mempunyai nilai menurut Hukum Syarak;
"harta pusaka" ertinya semua harta peninggalan si mati;
"iqrar" ertinya suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang sama ada secara bertulis, lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak;
"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;
"marad al-maut" ertinya penyakit membawa maut yang berhubungan dengannya syarat-syarat berikut telah dipenuhi-
(a)
penyakit itu mestilah menyebabkan kematian si mati;
(b)
penyakit itu mestilah menyebabkan kebimbangan kematian dalam minda si mati; dan
(c)
mestilah terdapat beberapa tanda luaran suatu penyakit yang serius.
"orang" termasuklah kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak;
"orang yang tak sempurna akal" ertinya
---
(a)
seseorang yang didapati di bawah seksyen 10 Ordinan Sakit Otak 1952 [
31/52
], sebagai tak sempurna akal dan tak daya menguruskan dirinya sendiri dan hal ehwalnya;
(b)
seseorang yang diperakui gila oleh seorang pengamal perubatan dan oleh seorang Pegawai Perubatan di bawah seksyen 4 Ordinan Orang Gila Sabah [
Bab 74
]; dan
(c)
seseorang yang didapati di bawah seksyen 5 Ordinan Kesihatan Mental 1961 Sarawak [
16/16
]
sebagai tak sempurna akal dan tak daya menguruskan dirinya atau hal ehwalnya,
dan meliputi mana-mana orang lain yang tak sempurna akal dan yang tak daya menguruskan dirinya atau hal ehwalnya;
"qarinah" ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam Enakmen Keterangan Syariah 1996 [
En. 6/96
];
"urf" ertinya adat atau amalan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan;
"wali harta" ertinya seseorang yang bertanggungjawab di atas pelaksanaan sesuatu wasiat dan termasuklah seseorang yang dilantik menjadi wali harta oleh Hakim;
"waris" ertinya seseorang yang mempunyai hak mewarisi harta pusaka menurut Hukum Syarak;
"wasi" ertinya seseorang yang kepadanya diamanahkan pelaksanaan sesuatu dan meliputi seseorang yang disifatkan sebagai dilantik menjadi wasi oleh Mahkamah;
"wasiat" ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.
(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [
Akta 388
] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing oleh Akta itu setakat yang ertinya sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan Itu yang ditunjukkan bersetentangan dalam Jadual itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.