ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 191. Bila orang itu hendak dilepaskan.

(1) Sebaik sahaja bon telah dilaksanakan, orang itu hendaklah dilepaskan dan jika di dalam penjara, Mahkamah yang membenarkan dijamin hendaklah mengeluarkan satu perintah pelepasan kepada pegawai penguasa penjara, dan pegawai itu, apabila ia menerima perintah itu, hendaklah melepaskan orang itu sebaik sahaja bon itu dilaksanakan.

(2) Tiada apa-apa di dalam seksyen ini, atau seksyen 188 boleh dianggap untuk menghendaki pelepasan mana-mana orang yang liable untuk ditahan untuk perkara-perkara selain daripada perkara yang mengenainya bon dilaksanakan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.