ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 74. Cerai dengan Taklik.


(1) Seorang isteri boleh menuntut cerai mengikut syarat taklik suaminya dengan cara memohon kepada Mahkamah dan Mahkamah hendaklah menyiasat dan menimbangkannya. Jika Mahkamah berpendapat bahawa permohonan itu mesti diluluskan maka cerai itu hendaklah disahkan.

(2) Perceraian itu hendaklah didaftarkan mengikut seksyen 68.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.