ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
KEWANGAN



Seksyen 77. Bank.

(1) Majlis hendaklah melantik mana-mana bank yang patut mengikut hukum syarak dan boleh mengurus akaun atau beberapa akaun yang difikirkan perlu.

(2) Pembayaran oleh Majlis untuk jumlah yang melebihi lima puluh ringgit hendaklah dibuat melalui cek, Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis, hendaklah dimasukkan ke akaun Majlis mengikut cara yang ditetapkan oleh Majlis.

(3) Cek-cek yang dikeluarkan dari mana-mana akaun bank Majlis, hendaklah ditandatangani oleh Timbalan Yang Dipertua, atau mana-mana pegawai Majlis yang diberi kuasa oleh Timbalan Yang Di Pertua bagi pihaknya dan Bendahari atau Penolong Bendahari atau, jika ketiadaannya, Setiausaha Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.