ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN III - CARA MEMULAKAN PROSIDING
BAB 2 - SAMAN



Seksyen 11. Kesahan dan perlanjutan saman.

(1) Bagi maksud penyampaian, saman adalah sah pada mulanya selama 12 bulan, bermula dari tarikh pengeluarannya.

(2) Jika saman belum lagi disampaikan kepada defendan dalam tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (1), suatu permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah sebelum tamat tempoh itu atau pada bila-bila masa selepas itu sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah untuk melanjutkan kesahan saman itu.

(3) Mahkamah boleh melanjutkan kesahan suatu saman selama apa-apa tempoh tidak melebihi 12 bulan pada mana-mana satu masa dan bermula sehari selepas tamat tempoh asal saman itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.