ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 144. Perlindungan ahli Majlis dan kakitangan.

(1) Tidak seorangpun daripada ahli Majlis atau kakitangannya akan dipertanggungkan dengan apa-apa kerugian yang berbangkit daripada atau kerana sesuatu penanaman modal yang dibuat mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini, atau sesuatu kegagalan memungut atau mendapat mana-mana wang atau harta kepunyaan Majlis, melainkan kerugian itu telah berlaku disebabkan kecuaiannya dengan sengaja atau penipuannya.

(2) Mana-mana ahli Majlis, Jamaah Ulama', kakitangannya, wakil atau orang yang menjalankan apa-apa kerja dengan kuasa Majlis, hendaklah diberi ganti rugi oleh Majlis terhadap apa-apa tindakan atau prosiding atau bagi mana-mana perbuatan, perkara atau benda yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan bona fide dalam menjalankan atau dianggap menjalankan kuasa bagi mana-mana hak atau kuasa-kuasa Majlis ataupun ahlinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.