ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN



Seksyen 152. Kuasa Mahkamah menetapkan masa.

(1) Walaupun suatu penghakiman atau perintah menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan menyatakan masa perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang ia fikirkan patut, membuat suatu perintah yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam suatu masa yang lain, sebagaimana yang dinyatakan dalamnya.

(2) Jika suatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan tidak menyatakan masa dalam mana perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa kemudiannya untuk membuat suatu perintah menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam sesuatu masa sebagaimana yang boleh dinyatakan di dalamnya.

(3) Permohonan untuk perintah di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam Borang MS 33 dan suatu salinan permohonan itu hendaklah, walau apa pun peruntukan-peruntukan lain dalam Enakmen ini, disampaikan kepada orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu di bawah perintah tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.