ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK



Seksyen 55. Hak nafkah terhenti apabila tamat tempoh iddah atau berlaku perzinaan.

(1) Hak seorang isteri yang telah dicerai untuk menerima nafkah daripada bekas suaminya di bawah suatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh iddah atau apabila isteri itu hidup dalam perzinaan dengan seorang lain.

(2) Hak bagi seorang isteri yang telah dicerai untuk menerima nafkah daripada bekas suaminya di bawah suatu perjanjian hendaklah terhenti apabila isteri itu bernikah dengan seorang lain melainkan jika perjanjian itu memperuntukkan selainnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.