ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU YANG MENJEJASKAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 175. Prosedur alternatif.

Jika Mahkamah, dalam mana-mana kes, menimbangkan bahawa seseorang orang yang dituduh melakukan mana-mana kesalahan yang dirujuk dalam seksyen 173 dan kesalahan itu telah dilakukan dalam penglihatan atau kehadirannya, adalah lebih baik diperlakukan mengikut proses biasa undang-undang, Mahkamah itu, selepas merekodkan fakta-fakta yang menjadi kesalahan itu dan pernyataan tertuduh, bolehlah mengarahkan supaya tertuduh didakwa, dan boleh menghendaki jaminan diberi untuk kehadiran orang tertuduh itu di hadapan seorang Hakim atau, jika jaminan yang mencukupi tidak diberi, boleh menghantar orang itu kepada Hakim yang lain untuk dibicarakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.