ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 25. Bertindak dalam perkara tergempar.

(1) Dalam perkara tergempar, Yang Dipertua boleh membuat atau mengarahkan dibuat bagi pihak Majlis apa-apa perbuatan atau perkara yang boleh dibuat dengan sah melalui ketetapan Majlis.

(2) Jika sesuatu perbuatan atau perkara itu dibuat mengikut subseksyen (1) suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam tempoh empat belas hari selepas itu bagi maksud mengesahkan dan memperakui perbuatan atau perkara yang dibuat dan jika Majlis enggan mengesahkan dan memperakui perbuatan atau perkara yang dibuat itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memberi perintah mengenainya sebagaimana yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.