ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN VI - NAZIR SEKOLAH



Seksyen 20. Kewajipan untuk mengemukakan buku, akaun dsb., dan memberi segala bantuan.


(1) Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah Enakmen ini oleh seorang Nazir, ahli Jemaah dan tiap-tiap kakitangan sekolah hendaklah memberi kepada seorang Nazir akses kepada segala buku, rekod, buku minit, akaun, resit, bil dan apa-apa jua dokumen lain yang berhubungan dengan sekolah itu atau dengan pendidikan, pengajaran atau latihan dan aktiviti lain sekolah itu; dan ini termasuklah kuasa mengambil milik, membuat salinan atau cabutan dokumen itu.

(2) Pendafar boleh melaksanakan semua kuasa yang diberikan kepada seorang Nazir di bawah Bahagian ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.