ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 47. Bidangkuasa pengawasan dan penyemakan.

(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah, dan boleh, jika difikirkan perlu demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau sebaliknya pada mana-mana peringkat dalam sesuatu tindakan atau prosiding, sama ada mal atau jenayah dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, meminta dan memeriksa mana-mana rekodnya dan boleh menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen 46 (2) atau memberi apa-apa arahan yang perlu di sisi keadilan.

(2) Apabila Mahkamah Tinggi Syariah meminta rekod di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah mengenai tindakan atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah dihentikan sementara menanti perintah atau arahan selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.