ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM DAN LAIN-LAIN



Seksyen 205. Perintah bagi perbicaraan awal.

Jika semasa mendengar suatu permohonan yang dibuat sebelum perbicaraan suatu kausa atau perkara, untuk suatu perintah interim ternyata kepada Mahkamah bahawa perkara yang dipertikaikan itu boleh diuruskan dengan lebih baik dengan mengadakan perbicaraan awal daripada menimbang keseluruhan merit perkara itu bagi maksud permohonan tersebut, Mahkamah boleh membuat perintah dengan sewajarnya dan boleh juga membuat suatu perintah berkenaan dengan tempoh sebelum perbicaraan sebagaimana yang dikehendaki bagi keadilan kes itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.