ENAKMEN 19 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN VIII - AM
Fasal 217. Dengan sengaja menghina atau mengganggu pegawai agama dalam mana-mana peringkat prosiding kehakiman.
Barang siapa dengan sengaja menghina atau menyebabkan apa-apa gangguan kepada mana-mana pegawai agama semasa pegawai itu dalam mana-mana peringkat prosiding kehakiman adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.