ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 22. Perbuatan yang menyebabkan kerosakan kecil.

Tiadalah apa-apa jua menjadi kesalahan oleh sebab ia menyebabkan atau ia dimaksud menyebabkan atau ia diketahui mungkin menyebabkan sesuatu kerosakan, jika sekiranya kerosakan itu adalah sebegitu kecil yang seseorang yang berakal dan berperangai biasa tidak akan mengadu kerosakan yang seperti itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.