ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Baitumal Dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 73. Akaun Bank.

(1) Majlis boleh mengendalikan apa-apa akaun atau akaun-akaun yang difikirkannya patut dengan mana-mana bank yang sesuai.

(2) Pembayaran-pembayaran oleh Majlis bagi amaun-amaun yang melebihi dua ratus ringgit hendaklah dibuat dengan cek.

(3) Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang diperuntukkan dalam Tatacara Kewangan Majlis.

(4) Cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh Yang Dipertua atau oleh mana-mana anggota atau Pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain yang dibei kuasa oleh Yang Dipertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.