ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - JAMINAN



Seksyen 180. Bila seseorang dilepaskan atas jaminan.

Apabila seseorang, selain dari orang yang dituduh melakukan kesalahan Hudud Syarie atau qisas, telah ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau hadir atau di bawa di hadapan Mahkamah dan ia bersedia pada masa ia ditahan itu atau pada mana-mana peringkat prosiding memberi jaminan, maka orang itu hendaklah dilepaskan atas jaminan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang menjaga balai polis atau oleh Pegawai Polis yang tidak kurang dari pangkat Inspektor atau oleh Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.