ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM 1988


Seksyen 13. Kuasa untuk memerintah saksi-saksi hadir.

(1) Pegawai bertauliah yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 12 boleh dengan perintah secara bertulis memerintah mana-mana orang yang pada pendapatnya tahu akan hal-hal yang berkaitan dengan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana dikehendaki itu.

(2) Jika mana-mana orang yang dikenakan perintah di bawah subseksyen (1) mungkir hadir sebagaimana dikehendaki oleh perintah itu, pegawai bertauliah itu boleh melaporkan kemungkiran itu kepada seorang Majistret yang boleh sesudah menerima laporan itu mengeluarkan suatu waran untuk mendapatkan kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah itu.

(3) Seseorang yang hadir sebagaimana diperintah di bawah subseksyen (1), adalah berhak dibayar belanja perjalanan dan sara hidup yang berpatutan yang ditanggung olehnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.