ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 21. Meteri.

(1) Tiap-tiap Mahkamah hendaklah mempunyai dan menggunakan meteri atau setem sebagaimana yang diampuni perkenan oleh Raja Pemerintah.

(2) Proses Mahkamah itu hendaklah dikeluarkan di bawah meteri Mahkamah dan disahkan oleh Kadi Besar, Kadi atau Pendaftar Mahkamah.

(3) Semua saman, waran, perintah, peraturan, notis dan sebarang proses sama ada sivil atau jenayah, yang dikeluarkan ataupun dibuat oleh mana-mana Mahkamah yang berkuasa mengenai sesuatu hal atau perkara di dalam bidang kuasanya hendaklah mempunyai kuasa dan kesan yang penuh dan boleh diserah atau dilaksanakan di mana-mana tempat di dalam Negeri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.