ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXIV - PROSIDING BANTAHAN



Seksyen 182. Perbicaraan.

(1) Kecuali jika harta itu dilepaskan seperti tersebut, Mahkamah hendaklah memberi kepada pemiutang perlaksanaan dan pembantah suatu notis perbicaraan bantahan itu tidak kurang daripada 2 hari genap dan bantahan itu hendaklah dibicara dan diputuskan seperti juga ia adalah suatu tindakan di mana pembantah adalah plaintif dan pemiutang perlaksanaan defendan.

(2) Bailif tidak boleh menjadi salah satu pihak dalam prosiding ini kecuali jika Mahkamah mengarah sedemikian.

(3) Jika Mahkamah memutuskan bagi pihak pembantah, harta itu hendaklah diserahkan kepadanya dan atas permintaannya, Mahkamah bolehlah menghukumkan suatu jumlah berpatutan sebagai gantirugi kerana kehilangan penggunaan, kelusuhan atau kerosakan harta itu dan kos prosiding bantahan itu. Jika harta itu telah dijual, Mahkamah hendaklah menghukumkan nilai yang sebenarnya harta itu yang mungkin akan melebihi jumlah yang terdapat dari penjualan dan kos.

(4) Jika Mahkamah tidak memutuskan bagi pihak pembantah ia boleh menghukumkan pada pemiutang perlaksanaan apa-apa perbelanjaan tambahan yang telah dilakukan dalam perlaksanaan oleh sebab bantahan itu dan kos perbicaraan bantahan, dan perlaksanaan itu hendaklah diteruskan.

(5) Jika pembantah tidak menuntut hak ke atas harta itu tetapi menuntut kepentingan ke atasnya, Mahkamah boleh memerintahkan penjualan harta itu atau membuat perintah sepertimana yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.