ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan kepada Perkahwinan.



Seksyen 14. Permohonan untuk kebenaran berkahwin.

(1) Apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan di dalam Negeri, tiap-tiap satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan kebenaran untuk berkahwin kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana pihak perempuan itu bermastautin.

(2) Jika pihak lelaki bermastautin di kariah masjid yang berlainan dari kariah masjid pihak perempuan, atau bermastautin di mana-mana Negeri, maka permohonannya hendaklah mengandungi atau disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi kariah masjidnya atau oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat dipastikannya perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu adalah benar.

(3) Permohonan setiap satu pihak hendaklah disampaikan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi Pendaftar boleh membenarkan masa yang lebih singkat dalam mana-mana kes tertentu.

(4) Permohonan kedua-dua pihak hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan bersama.

(5) Pendaftar tersebut tidak boleh mengakadnikahkan mana-mana orang yang datang dari luar Negeri kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Hakim Syarie di tempat orang yang hendak dinikahkan itu lazimnya tinggal:

Dengan syarat bahawa jika tempat sedemikian itu tidak mempunyai Hakim Syarie, maka kebenaran itu hendaklah diperolehi dari mana-mana pihak berkuasa di tempat itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.