ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 88. Anak dara lari dari jagaan.

Seseorang anak dara lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya atau yang memeliharanya tanpa sebab yang munasabah pada Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.