ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN III - KEWANGAN
AMANAH KHAIRAT



Seksyen 55. Bank.

(1) Majlis hendaklah melantik mana-mana bank yang sesuai dan boleh mengendalikan akaun atau akaun-akaun tersebut yang difikirkan patut. Semua wang yang dibayar kepada Majlis hendaklah segera dibayar ke dalam suatu akaun dengan mana-mana bank yang dilantik.

(2) Pembayaran-pembayaran oleh Majlis untuk jumlah-jumlah yang melebihi dua ratus ringgit hendaklah dibuat melalui cek. Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang ditetapkan.

(3) Cek-cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau Setiausaha bersama dengan mana-mana pegawai Majlis yang memegang jawatan pegawai kewangan yang diberi kuasa dan tanggungjawab sebagai Bendahari Majlis; atau mana-mana ahli atau pegawai yang diberi kuasa oleh ahli Majlis bersama dengan Bendahari.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.