ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986
BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN
Seksyen 97. Pertuduhan mengikut Borang K dalam Jadual Pertama.
(1) Semua pertuduhan ke atas orang-orang yang dibicarakan di hadapan Mahkamah hendaklah dibuat atas nama Pendakwa, dan seberapa hampir seperti Borang K dalam Jadual Pertama dan hendaklah ditandatangani oleh Pendakwa atau oleh orang-orang yang diberi kuasa olehnya bagi pihaknya, dan kes yang kemudiannya ditambah dengan perkataan-perkataan "Dengan kuasa Pendakwa" kepada tandatangan itu.
(2) Prosiding itu tidak boleh terhenti atau tamat oleh sebab kematian atau pemecatan dari jawatan Pendakwa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.