ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 18. Kebolehterimaan iqrar.

(1) lqrar yang berikut tidak boleh diterima:
(2) lqrar yang dibuat oleh seseorang kanak-kanak mumayyiz yang telah diberi kebenaran oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau urusan boleh diterima setakat yang iqrar itu berkaitan dengan perniagaan atau urusan itu.

(3) Pihak yang mendapat faedah daripada sesuatu iqrar tidaklah semestinya seorang yang akil baligh.

Huraian-Jika orang yang membuat iqrar menyatakan bahawa sesuatu barangan atau harta adalah bagi faedah seorang kanak-kanak belum mumayyiz, iqrarnya boleh diterima dan orang yang membuat iqrar itu hendaklah terikat dengan pernyataannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.