ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAB IX - PERUNTUKAN KHAS MENGENAl KETERANGAN SAKSI
Seksyen 127. Menuduh tidak adil (ta'n) saksi.
Apabila mana-mana pihak dalam sesuatu perbicaraan menuduh tidak
adil (ta'n)
mana-mana saksi pihak lawannya, sama ada sebelum atau selepas pemeriksaan saksi itu dengan mengemukakan apa-apa fakta yang boleh menghalang penerimaan keterangan saksi itu, Hakim hendaklah meminta supaya dia membuktikan fakta itu.
Huraian
- Apabila mana-mana pihak dalam perbicaraan membuktikan bahawa seseorang saksi itu tidak
adil,
Hakim hendaklah menolak keterangan saksi tersebut. Sebaliknya jika pihak itu gagal membuktikannya, Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan saksi jika dia belum berbuat demikian dan memberi keputusannya mengikut keterangan jika dia telah membuat pemeriksaan tersebut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.