ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadhanah atau Penjagaan Kanak-kanak
Seksyen 88. Perintah tertakluk kepada syarat-syarat.
(1) Sesuatu perintah jagaan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan dan, tertakluk kepada syarat-syarat, jika ada, yang dipakai dari semasa ke semasa, perintah itu ada menghakkan orang yang diberi jagaan itu untuk memutuskan semua soal berhubungan dengan pendidikan dan pelajaran kanak-kanak itu.
(2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), sesuatu perintah jagaan boleh-
(
a
) mengandungi syarat-syarat tentang di mana-mana kanak-kanak itu akan tinggal dan cara pelajarannya;
(
b
) mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu berada bagi sementara dalam pemeliharaan dan kawalan seseorang yang lain daripada orang yang diberi jagaan itu;
(
c
) mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu melawat ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang dari keluarga ibu dan bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan pada masa-masa dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah;
(
d
) memberi ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang dari keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan hak untuk berjumpa dengan kanak-kanak itu pada masa-masa dan dengan seberapa kerap yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah; atau
(
e
) melarang orang yang diberi jagaan itu daripada membawa kanak-kanak itu keluar dari Malaysia.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.