ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 15. Bidang kuasa dan kuasa Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan sesuatu rayuan terhadap sesuatu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.

(2) Jika sesuatu rayuan dari sesuatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah pun ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan dari sesuatu pihak memberi kebenaran bagi penentuan olehnya sendiri akan apa-apa soal undang-undang berkepentingan awam yang telah berbangkit dalam perjalanan rayuan itu dan penentuannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah mempengaruhi kesudahan rayuan itu.

(3) Apabila kebenaran telah diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah ia hendaklah mendengar dan menentukan soal yang dibenarkan dirujuk untuk penentuannya dan membuat perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah seharusnya telah membuat sebagaimana yang difikirkan adil Mahkamah Rayuan Syariah bagi membereskan rayuan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.