ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXVII - AM



Seksyen 202. Pampasan oleh kerana tuduhan dibuat tanpa alasan.

(1) Apabila mana-mana orang menyebabkan Penyelia Agama atau Pegawai Polis menangkap seseorang dan Kadi yang boleh membicarakan kes itu berpendapat bahawa tidak ada alasan yang mencukupi yang boleh menyebabkan orang itu ditangkap, Kadi boleh memberi pampasan yang ditetapkan olehnya tidak lebih daripada dua puluh lima ringgit yang akan dibayar oleh orang yang menyebabkan penangkapan itu kepada orang yang ditangkap kerana kerugian masa dan lain-lain perbelanjaan yang dialami olehnya sebagaimana difikir patut oleh Kadi.

(2) Pampasan itu tidak menghalang tindakan kerana tahanan salah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.