ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (PERAK) 2004
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 1 - DARIHAL BIDANG KUASA MAHKAMAH DALAM PERBICARAAN
Seksyen 70. Jika tempat kejadian kesalahan tidak dapat ditentukan
Jika
---
(a) tidak dapat ditentukan di dalam yang manakah daripada beberapa kawasan tempatan sesuatu kesalahan itu telah dilakukan;
(b) sesuatu kesalahan dilakukan sebahagiannya di dalam satu had bidang kuasa tempatan dan sebahagiannya di dalam had bidang kuasa tempatan yang lain;
(c) sesuatu kesalahan ialah kesalahan berterusan dan terus dilakukan di dalam lebih daripada satu had bidang kuasa tempatan ; atau
(d) ia terdiri daripada beberapa perbuatan yang dilakukan di dalam had bidang kuasa tempatan yang berlainan,
maka kes itu bolehlah didengar oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di dalam mana-mana had bidang kuasa tempatan tersebut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.