ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 214. Enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki dengan sewajarnya oleh pegawai agama supaya mengangkat sumpah

Barang siapa yang enggan mengikat dirinya dengan sumpah untuk menyatakan yang benar apabila dikehendaki mengikat dirinya sedemikian oleh seorang pegawai agama yang kompeten di sisi undang-undang untuk menghendaki bahawa dia hendaklah mengikat dirinya sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.