ENAKMEN 10 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH

BAHAGIAN XXII - WANG DAN HARTA DI DALAM MAHKAMAH



Seksyen 217. Kiriman melalui pos.

(1) Pendaftar boleh menurut budi bicaranya dan jika dipohon sedemikian mengirimkan melalui pos apa-apa wang yang hendak dibayar daripada Mahkamah.

(2) Jika apa-apa wang dikirimkan melalui pos, Pendaftar hendaklah mendapatkan resit baginya selepas kiriman dibuat dan tanggungjawah kerana kehilangannya hendaklah ditanggung oleh penerima.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.