ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 26. Kuasa untuk memburu dan menangkap semula.

Jika seseorang yang telah ditahan dengan sah melepaskan dirinya atau diselamatkan, orang yang menjaga tahanannya di mana dia telah melepaskan diri atau telah diselamatkan boleh dengan serta-merta memburu dan menangkap orang itu di mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar kawasan bidangkuasa di mana orang itu telah ditahan, dan menguruskan orang itu sebagaimana yang dia telah lakukan atas tangkapan asal.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.