ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - KEWANGAN
AKAUN



Seksyen 48. Bank.


(1) Majlis hendaklah melantik mana-mana banker yang sesuai dan boleh mengendalikan apa-apa akaun atau akaun-akaun yang difikirkan patut.

(2) Seberapa yang boleh, semua pembayaran oleh Majlis untuk jumlah yang melebihi seratus ringgit dibuat melalui cek. Walau bagaimanapun tiada halangan bagi Majlis membuat bayaran bagi amaun yang lebih besar melalui Akaun Panjar jika ianya praktik dan berfaedah dalam keadaan mendesak. Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang ditentukan.

(3) Cek-cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh dua orang terdiri daripada Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau Setiausaha atau oleh mana-mana ahli atau pegawai Majlis yang diberikuasa oleh Pengerusi dan Setiausaha.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.