ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 88. Menggunakan sebagai benar sesuatu akuan yang tersebut itu yang diketahui sebagai palsu.

Mana-mana orang yang menggunakan atau mencuba menggunakan dengan cara tak jujur sebagai benar sesuatu akuan yang tersebut itu dengan mengetahuinya sebagai palsu tentang mana-mana perkara material, hendaklah dihukum sama seperti seolah-olah ia telah memberi keterangan palsu.

Huraian-Sesuatu akuan yang tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab sesuatu yang tidak menurut peraturan, ialah akuan dalam erti seksyen 87 dan 88.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.