ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 46. Bukti penyampaian.

(1) Penyampaian proses Mahkamah boleh, kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya, dibuktikan melalui afidavit orang yang melaksanakan penyampaian itu dan di mana penyampaian itu adalah kepada orang itu sendiri dan orang-orang itu tidak dikenalinya, melalui afidavit itu dan afidavit orang yang mengecamkan orang yang kepadanya surat perintah itu disampaikan.

(2) Orang yang kepadanya surat perintah itu disampaikan hendaklah menandatangani perakuan penyampaian, tetapi keengganan atau ketidakupayaannya menandatangani tidak akan menyentuh kesahan penyampaian itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.