ENAKMEN 3 TAHUN 1997
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1997

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 4 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN HARTA ALIH YANG LAIN DAN BAGI PENEMUAN ORANG YANG DIKURUNG DENGAN SALAH
Waran Geledah



Seksyen 44. Bila waran geledah boleh dikeluarkan.

(1) Jika-

Mahkamah boleh mengeluarkan suatu waran geledah dan orang yang kepadanya waran itu diarahkan boleh menggeledah dan memeriksa mengikut waran geledah itu dan mengikut peruntukan Kanun ini.

(2) Sesuatu waran geledah hendaklah pada lazimnya diarahkan kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai Penguatkuasa Agama yang lain yang disebutkan namanya dalam waran itu, dan semua atau mana-mana pegawai itu boleh melaksanakan waran itu.

(3) Mahkamah yang mengeluarkan sesuatu waran geledah boleh mengarahkannya kepada Ketua Polis Negara dan kepada pegawai polis yang lain yang disebut namanya dalam waran itu, dan semua atau mana-mana pegawai polis itu boleh melaksanakan waran itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.