ENAKMEN 3 TAHUN 2001
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN III - PERLANTIKAN HAKIM DAN BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 21. Penerusan prosiding Mahkamah Rayuan Syariah walaupun Hakim tiada.

(1) Jika, dalam perjalanan apa-apa prosiding dalam sesuatu rayuan atau pada bila-bila masa sebelum diumumkan penghakiman, mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar prosiding itu tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsinya sebagai Hakim Mahkamah itu maka, jika kedua-dua pihak bersetuju, pendengaran itu hendaklah diteruskan dan penghakiman atau penghakiman yang ditangguhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diberikan oleh dua orang Hakim Mahkamah yang ada itu, dan bagi maksud-maksud rayuan itu, Mahkamah hendaklah disifatkan telah dianggotai dengan sempurna.

(2) Dalam mana-mana kes seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), jika tiada keputusan sebulat suara oleh kedua-dua hakim yang ada, rayuan itu hendaklah didengar semula.

(3) Jika di bawah subseksyen (1) kedua-dua pihak tidak memberikan persetujuan mereka, atau lebih daripada seorang Hakim tidak dapat, kerana sakit atau apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsi mereka sebagai Hakim Mahkamah itu, rayuan itu hendaklah didengar semula.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.