ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - PERTUDUHAN



Seksyen 91. Bila diragui kesalahan apakah yang dilakukan.

Jika suatu perbuatan tunggal atau suatu siri perbuatan itu jenisnya sebegitu sehingga menimbulkan keraguan yang mana di antara beberapa kesalahan yang faktanya boleh dibuktikan akan menjadikan kesalahan itu, tertuduh boleh dipertuduhkan melakukan kesemua atau mana-mana kesalahan itu, dan mana-mana jumlah pertuduhan itu bolehlah dibicarakan bersekali, atau dia boleh dipertuduhkan dengan pertuduhan alternatif kerana melakukan mana-mana satu daripada kesalahan itu dan bolehlah terus dibicarakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.