ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 215. Menjual, memberi, atau menyerah anak.

(1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang berlawanan, mana-mana orang Islam yang menjual atau memberi atau menyerahkan anaknya atau anak yang di bawah jagaannya kepada seseorang yang bukan Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Jualan atau pemberian atau penyerahan anak bertentangan dengan subseksyen (1) adalah tidak sah, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya anak itu dipulangkan kepada ibubapanya atau kepada jagaan mana-mana orang atau pihak yang ditentukan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.