ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XVII - PERBICARAAN



Seksyen 122. Perbicaraan belum selesai.

Apabila Hakim memulakan perbicaraan dan dia tidak boleh, kerana sebab-sebab tertentu, menyelesaikan kes itu, Hakim yang lain boleh dengan persetujuan semua pihak menyambung perbicaraan itu dan memberi penghakimannya. Tanpa persetujuan tersebut perbicaraan baru hendaklah diadakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.