ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 87. Pecah amanah.


Sesiapa yang telah diberi amanah dan tanggungjawab oleh Undang-undang ini dengan kewajipan mendaftar sesuatu perkara atau perbicaraan, atau membuat, menyedia, menyimpan atau menjaga sesuatu senarai hasil, penyata, buku akaun, anggaran, daftar, resit, catatan mesyuarat atau senarai pendermaan atau mengeluarkan suatu surat atau sijil, atau salinan yang sah, resit atau salinan yang sah, menipu atau meniru tandatangan pegawai yang diberi kuasa, enggan atau dengan sengajanya lalai atau mungkir menjalankannya dengan satu cara yang tidak sah atau menyalahi Undang-undang adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.