ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 164. Penghakiman

(1) Apabila tamat pendengaran apa-apa rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah, sama ada dengan serta merta atau
kemudiannya pada suatu tarikh yang ditetapkan bagi maksud itu yang notis mengenainya hendaklah diberikan kepada pihak-pihak dalam rayuan itu, menyampaikan penghakiman di dalam Mahkamah terbuka.

(2) Dalam rayuan dan perkara jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah pada lazimnya memberikan hanya satu penghakiman yang boleh diumumkan oleh Pengerusi atau oleh mana-mana anggota lain Mahkamah Rayuan Syariah sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi, tetapi penghakiman yang berasingan boleh disampaikan jika Pengerusi menentukan sedemikian.

(3) Penghakiman mana-mana anggota Mahkamah Rayuan Syariah yang tidak hadir boleh dibacakan oleh mana-mana Hakim lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.