ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993
BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN
Seksyen 44. Bukti penyampaian.
(1) Penyampaian surat perintah boleh, kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya, dibuktikan melalui ikrar orang yang melaksanakan penyampaian itu dan di mana penyampaian itu adalah kepada orang itu sendiri dan orang-orang itu tidak dikenalinya, melalui ikrar itu dan orang yang mengecamkan orang yang kepadanya surat perintah itu disampaikan
(2) Orang yang kepadanya surat perintah itu disampaikan hendaklah menandatangani perakuan penyampaian, tetapi keengganan atau ketidakupayaannya menandatangani tidak akan menyentuh kesempurnaan penyampaian itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.