ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEMERIKSA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB IV



Seksyen 57. Kuasa menghendaki kehadiran saksi-saksi.

(1) Seseorang Pemeriksa Agama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini boleh dengan perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang berada dalam daerah di mana dia membuat sesuatu penyiasatan daripada maklumat yang diberi atau dengan jalan lain yang ternyata mengetahui akan keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah dengan yang demikian hadir sebagaimana dikehendaki.

(2) Jika mana-mana orang yang tersebut enggan hadir sebagaimana dikehendaki demikian Pemeriksa Agama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Kadi dan kemudiannya Kadi itu boleh menurut budibicaranya mengeluarkan sesuatu waran untuk menjamin kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah yang tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.