ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XV - DARIHAL KEBEBASAN-KEBEBASAN ATAU SABITAN-SABITAN YANG DAHULU



Seksyen 133. Akuan dari pembebasan atau sabitan dahulu.

(1) Akuan dari satu pembebasan atau sabitan dahulu bolehlah dikemukakan sama ada secara lisan atau bertulis dan boleh di dalam bentuk atau bermaksud seperti berikut-

yang dituduh berkata bahawa menurut seksyen 132 dari Enakmen Prosedur Jenayah Dalam Syarak 1991 dia adalah tidak bertanggungjawab untuk dibicarakan.

(2) Akuan berkenaan boleh dikemukakan bersama dengan mana-mana akuan lain, tetapi persoalan yang ditimbulkan oleh akaun berkenaan hendaklah dibicarakan dan diselesaikan sebelum persoalan yang ditimbulkan oleh akaun lain itu dibicarakan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.