ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 186. Amaun bon.

(1) Amaun tiap-tiap bon yang disempurnakan di bawah Bab ini hendaklah ditetapkan dengan memberikan perhatian wajar kepada hal keadaan kes itu sebagaimana yang mencukupi untuk memastikan kehadiran orang yang ditangkap itu, tetapi tidak boleh berlebih-lebihan.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah boleh, dalam mana-mana kes, sama ada terdapat rayuan atas sabitan atau tidak, mengarahkan supaya mana-mana orang diikat jamin atau supaya jaminan yang dikehendaki oleh seseorang Pegawai Penguat kuasa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah Rendah Syariah dikurangkan atau dinaikkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.