ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 96. Membuat pertuduhan palsu atas kesalahan dengan niat hendak membencana.

Mana-mana orang yang dengan niat hendak menyebabkan bencana kepada seseorang, membawa atau menyebabkan dibawa apa-apa prosiding jenayah terhadap orang itu, atau dengan palsunya mempertuduhkan seseorang sebagai telah melakukan sesuatu kesalahan, dengan mengetahui bahawa tiada apa-apa alasan yang patut atau yang sah di isi undang-undang bagi prosiding atau pertuduhan itu terhadap orang itu, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.